Wednesday 1 January 2014

aku yang terguling guling

Tahun baru yang penuh cabaran. Plan nak berguling guling di dataran. Tapi layman movie... Terus berguling di sofa sambil layman transformers... Apa pun syabas yang TURUN. Semoga kerajaan faham situasi rakyat buat apa saja yang mampu untuk halang kenaikan apasaja yang dikawal oleh kerajaan. Kepada yang mengeji usah bimbang... Akan dapat juga manfaat atas perjuangan yang kamu keji.

Thursday 6 June 2013

nostagia silam



masihkah kau ingat
suatu masa dulu.....

derhakakah aku

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, cadangan ‘undang-undang kesalahan menderhaka’ berpotensi disalahguna sehingga menyebabkan negara menuju pemerintahan totalitarian.
“Undang-undang yang tidak selaras dengan demokrasi memang mempunyai potensi untuk disalahgunakan.
“Apa pun, negara yang stabil dan yakin dengan rakyatnya tidak akan mengekang dengan undang-undang yang drakonian seperti itu.abdul-aziz-bari
“Jika undang-undang yang mengharamkan bantahan diluluskan, ertinya negara itu menuju ke arah negara totalitarian atau negara satu parti; macam negara komunis,” katanya dalam emel kepada Keadilandaily.
Aziz diminta mengulas pandangan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang mencadangkan penggubalan undang-undang khas, seperti kesalahan menderhaka kepada Raja.
Namun, beliau menegaskan seperti pandangannya sebelum ini, bahawa Perlembagaan adalah institusi tertinggi di Malaysia dan semua orang termasuk Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepadanya.
Katanya, semua orang mempunyai hak kerana ia dijamin oleh Perlembagaan dan sebarang bantahan dilakukan mengikut saluran undang-undang.
“Membantah adalah hak yang sah di sisi undang-undang yang demokratik. Saya kata semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepada Perlembagaan.
“Jadi tak ada siapa yang boleh nafikan hak yang termaktub di situ. Saya mengeluarkan pandangan berdasarkan undang-undang,” katanya.

sedarlah kita... dalam diam kita derhaka pada Tuhan Sekelian Alam...

usah jadikan raja  sebagai benteng kekalkan kepentingan...

usah jadikan raja sebagai kaedah penunduk rakyat bawahan...

manusia hanya wajib patuh kepada Allah yg menguasai hari pembalasan...


Monday 20 May 2013


Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi 25 Mei


(Oleh Ruqayya Rahman)
KUALA LUMPUR 20 MEI: Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya akan menganjurkan ‘Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi’ pada 25 Mei di padang Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri secara besar-besaran, diikuti siri-siri lain di seluruh negara.
Katanya, pesta itu dijangka menghimpunkan rakyat dari seluruh negara agar bangkit menjadi kuasa ketiga dalam menghadapi penipuan Pilihan Raya Umum ke-13.
Cikgu Bard 1“Himpunan itu akan berlangsung dari petang sampai malam dan kita akan dedahkan semua bukti jelas yang kita kumpulkan dari semua Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri).
“Kita juga akan tampilkan saksi-saksi yang terlibat menguruskan pilihan raya, dan semua ini telah kita kenalpasti dan tapis kesahihannya,” kata Badrul yang juga Presiden Solidariti AnakMuda Malaysia (SAMM).
Beliau mengingatkan pihak berkuasa dan rakyat agar tidak termakan dengan provokasi ‘perang saraf’ BN yang cuba mengambil kesempatan dari mood kemarahan rakyat.
“Pesta rakyat ini tiada kena-mengena dengan menggulingkan kerajaan sebaliknya kita tuntut kembalikan hak rakyat dengan cara paling demokrasi. Kita akan beri penerangan yang jelas kepada rakyat.
“Segalanya terkawal, rakyat boleh datang tanpa rasa takut, semua bukti akan kita tampilkan dalam bentuk audio-visual, anda datang dan lihat sendiri,” katanya sambil menyifatkan pesta himpunan itu akan menjadi salah satu cara paling baik bagi rakyat menyampaikan kasih sayang kepada negara.
Selain itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang yang juga menyokong gerakan Suara Rakyat 505 menegaskan himpunan kali ini tiada kaitan dengan Malaysian Spring seperti yang digembar gembur media arus perdana.
“Malaysian Spring hanya agenda yang direka untuk menakut-nakutkan rakyat. Kami mahasiswa terlibat secara profesional dan kami yakin, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bertanggungjawab dalam penipuan yang berlaku, kami tuntut mereka letak jawatan,” tegas Safwan.
Gabungan 48 NGO itu antara lain menuntut tiga perkara, iaitu pembubaran SPR bagi memberi laluan kepada SPR yang dilantik secara pendengaran awam dan diletakkan di bawah kuasa Parlimen Malaysia.
Kedua, mendesak pilihan raya semula di tempat yang terbukti jelas wujud penipuan tanpa mengira logo sama ada BN atau Pakatan Rakyat.
Ketiga, gabungan ini menyokong tribunal rakyat yang diperjuangkan oleh Bersih selain mengharapkan sistem demokrasi diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.
More Info…: http://www.keadilandaily.com/pesta-himpunan-rakyat-tuntut-demokrasi-25-mei/
  

Friday 17 May 2013

salahkah aku


BERSALAHKAH KITA SEBAGAI RAKYAT MEMPERBETULKAN KEPEMIMPINAN KEARAH YANG LEBIH BAIK?









Hijrah: Dr Agus persoal kenyataan Zahid




KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, ProfMadya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.

Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social illsdalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.

“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.

BUKA DURIAN HINGGA DAPAT NIKMATNYA....

BONGKAR KEMUNGKARAN UMNO HINGGA TAMAT RIWAYATNYA...

RAKYAT YANG DAPAT NIKMAT KEBAIKANNYA...


Thursday 16 May 2013



Ini adalah kabinet dapur. Ini bukan kabinet Najib Razak. Setiap ruang ada gunanya tersendiri. Salah guna ruang dan salah guna peralatan akan membawa kemalangan juga kemusnahan.



Ini adalah kabinet baru 2013. Ini bukan kabinet dapur. Apakah menteri ini mempunyai kepakaran dalam portfolio apa yang mereka jawat. Usah seperti tikus baiki labu. 

Perlukah mempunyai menteri yang ramai sedangkan agensi kerajaan sudah melaksanakan urus tadbir negara. Perlukah membazir wang pembayar cukai untuk menampung kemewahan menteri menteri ini.

Tuesday 14 May 2013

DURIAN OH DURIAN. RAKYAT MALAYSIA SUKA DURIAN. PENUH DURI, PENUH KEPAYAHAN TETAP TABAH MENGUSAHAKAN MEMBUKA DURIAN. KITA BUKAN ARAB SPRING, KITA ADALAH MALAYSIAN DURIAN.