Thursday 6 June 2013

derhakakah aku

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, cadangan ‘undang-undang kesalahan menderhaka’ berpotensi disalahguna sehingga menyebabkan negara menuju pemerintahan totalitarian.
“Undang-undang yang tidak selaras dengan demokrasi memang mempunyai potensi untuk disalahgunakan.
“Apa pun, negara yang stabil dan yakin dengan rakyatnya tidak akan mengekang dengan undang-undang yang drakonian seperti itu.abdul-aziz-bari
“Jika undang-undang yang mengharamkan bantahan diluluskan, ertinya negara itu menuju ke arah negara totalitarian atau negara satu parti; macam negara komunis,” katanya dalam emel kepada Keadilandaily.
Aziz diminta mengulas pandangan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang mencadangkan penggubalan undang-undang khas, seperti kesalahan menderhaka kepada Raja.
Namun, beliau menegaskan seperti pandangannya sebelum ini, bahawa Perlembagaan adalah institusi tertinggi di Malaysia dan semua orang termasuk Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepadanya.
Katanya, semua orang mempunyai hak kerana ia dijamin oleh Perlembagaan dan sebarang bantahan dilakukan mengikut saluran undang-undang.
“Membantah adalah hak yang sah di sisi undang-undang yang demokratik. Saya kata semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepada Perlembagaan.
“Jadi tak ada siapa yang boleh nafikan hak yang termaktub di situ. Saya mengeluarkan pandangan berdasarkan undang-undang,” katanya.

sedarlah kita... dalam diam kita derhaka pada Tuhan Sekelian Alam...

usah jadikan raja  sebagai benteng kekalkan kepentingan...

usah jadikan raja sebagai kaedah penunduk rakyat bawahan...

manusia hanya wajib patuh kepada Allah yg menguasai hari pembalasan...


No comments:

Post a Comment